Tentang kami

Kaharo Jewels merupakan sebuah syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan pada 25 Julai 2010 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965. KAHARO diasaskan oleh Tn Kamarulhadi Bin Rani. Kaharo Jewels atau sebelum ini dikenali sebagai Kedai Emas KamarulHadi beroperasi secara rasminya pada 1 ogos 2010 dengan menawarkan produk berasaskan emas dan permata serta perkhidmatan membaiki emas yang terletak di Pusat Perniagaan Sura Gate, Dungun, Terengganu


Oleh kerana permintaan dan sambutan yang hangat daripada pelanggan, Kaharo telah menubuhkan cawangan pertama di Pusat Perniagaan Paka, Terengganu. Pada tahun 2024 , KAHARO telah berjaya membuka cawangan pertamanya di Klang Valley iaitu di Bandar Baru Bangi dan Sungai Buloh . Seterunsya , pada tahun 2025 ,KAHARO mengembangkan perniagaanya dengan membuka 2 lagi cawangan iaitu di Shah Alam dan Batang Kali . Keseluruhannya , KAHARO   mempunyai 6 cawangan termasuk di Klang Valley dan Terengganu . Pihak KAHARO akan terus menyediakan khidmat pelanggan terbaik kepada pelanggan pada kadar harga yang berpatutan disamping mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan.